Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Ahlan wasahlan dan salam keberkatan, semoga saudara/ri dilimpahi rahmat dan barakah oleh Allah s.w.t,
Terima kasih atas kesudian meluangkan masa dan waktu untuk melayari laman blog Mata Wang Syariah ( Dinar & Dirham )
TAHUKAH anda bahawa istilah “matawang” tiada disebut dalam mana-mana hukum Syariah? Inilah yang menjadi tanda tanya bagi semua pihak. Jadi apakah pula yang dimaksudkan dengan ‘Matawang Syariah’ dan dari mana istilah ini datang? Bagi menjawab persoalan ini kita perlu faham apakah ia pengertian ‘matawang’ itu sendiri. Sesuatu yang di takrif sebagai ‘matawang’ ialah mengikut kamus Dewan Bahasa ia lah “sesuatu medium pertukaran yang dominan”. Ini bermakna jika sesuatu barang itu dianggap ‘bernilai’ pada sesuatu masyarakat setempat secara dominan dan diterima sebagai alat pertukaran, maka barangan tersebut boleh diterima sebagai ‘matawang’. Maka itulah yang terjadidi zaman dahulu kala; di mana pada suatu masyarakat kepulauan yang tiada memiliki emas atau perak, maka kulit kerang yang cantik dijadikan sebagai ‘matawang’! Pelbagai tamadun di zaman dahulu kala pernah menjadikan sesuatu barangan yang menepati beberapa kriteria iaitu seperti bernilai kerana susah untuk diperolehi, senang dibawa dan tidak mudah rosak atau tahan lama, mudah dibahagi dan lain-lain sebagai ‘alat pertukaran’ hatta ‘matawang’. Berbeza dengan kita di abad ini yang boleh menjelajah segenap ceruk rantau di muka bumi ini dengan adanya pelbagai kenderaan laut, udara dan darat.
Masyarakat dunia global kita di abad ini tidak lagi terpencil dan tiada
perhubungan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Keadaan ini menyebabkan
barangan dari jenis logam menjadi tumpuan ‘nilai’ dan hakikat inilah yang menjadikan kita di abad ini menganggap sesuatu yang mempunyai ‘nilai’ ialah jenis logam-emas dan perak terutamanya boleh dijadikan alat pertukaran atau matawang. Tidak hairanlah jika kemungkinan
besar pada abad ini warga dunia secara dominan memilih barangan dari logam-emas dan perak antara selainnya sebagai ‘medium pertukaran’ atau ‘alat pertukaran’. Persoalan “mengapa istilah matawang tiada dalam Syarak?” memberikan suatu gambaran yang amat menakjubkan! Betapa tidaknya; dengan tiada memberikan istilah ‘matawang’ hanya kepada sesuatu barangan khusus yang ‘bernilai’ sahaja, hukum syarak ternyata sebegitu arif dengan takrif ‘matawang’ itu sendiri.
Syarak membenarkan sebarang barangan yang ada nilai secara dominan yang diperakui oleh masyarakat sebagai ‘alat pertukaran’! Itulah sebabnya hukum-hukum muamalah dalam Syariah tidak meletakkan istilah ‘matawang’. Jadi kepada semua Muslimin & Muslimat yang menafikan tiada istilah ‘matawang’ dalam Syarak – mereka
sebenarnya belum memahami bahawa – dengan meniadakan istilah inilah yang membuka ruang yang besar untuk semua sesuatu yang ada nilai boleh dijadikan sebagai ‘matawang’!
Ini bermakna hukum Muamalah Syariah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada pengertian ‘alat pertukaran’ atau ‘matawang’ sepertimana pengertian pada Surah An Nisa Ayat 29 : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” Pengertian daripada ayat ini ialah - Allah SWT mahukan perniagaan berlaku antara kedua-dua belah pihak dalam sesuatu urusan perniagaan hendaklah dalam
keadaan “suka-sama-suka”. Sekali gus; bukan sahaja barangan yang diperniagakan sahaja kedua-dua belah pihak bebas menerima dan memberi dalam sesuatu ‘tijarah’ – perniagaan atau perdagangan, malah cara pembayarannya juga bebas dipersetujui antara keduadua
belah pihak. Aspek ‘kebebasan’ menggunakan mana-mana alat pertukaran pembayaran inilah
yang menjadi ‘matawang’ dalam pengertian Syariah ditakrifkan sebagai ‘barter trade’ atau sistem ‘pertukaran barangan dengan barangan’. Pun begitu, fungsi ‘alat pertukaran’ atau ‘medium of exchange’ ialah juga fungsi ‘matawang’ sebagaimana dinyatakan sebelum ini! Jelas
hukum Syariah – Muamalah dalam perkara ini sekaligus memberikan kita sebagai ummah
di abad ini suatu gambaran yang amat menakjubkan! Kita sebenarnya adalah BEBAS menentukan dan memilih sebarang apa jua ‘alat pertukaran’ atau ‘medium of exchange’ dalam sesuatu perniagaan atau perdagangan asalkan sahaja ada redha meredhai antara kedua-dua
belah pihak! Kebebasan inilah yang membuka jalan untuk kita, ummah di abad ini keluar
bukan sahaja dari penaklukan regime New World Order diabad ini, tetapi juga daripada
terus dianiayai dan dihimpit oleh kemelut kenaikan harga barangan semasa.
( Sumber asal : KGT -1st issue./ Harakah )