
Beberapa pakar analisis (termasuk saya...hehe...) telah merumuskan bahawa harga emas mungkin bertahan pada support $1600 dan beberapa petunjuk dari analisa teknikal telah 'muncul' seperti 'jualan tepu' dan begitu juga dengan faktor 'fundemental' termasuk sentimen pelabur dalam pasaran.

Jika mengambil kira faktor analisa teknikal dan belian beberapa tokoh pelabur dan sentimen pembelian India menjelang Oktober ini maka mudahkan cerita bahawa harga emas mungkin akan mengalami kenaikan. Tetapi kenaikan itu mungkin terbatas atas beberapa halangan yang dikenal pasti antaranya tindakan Federal Reserve AS dalam menangani krisis kewangan AS, resistance $1662 dan aksi pengambilan untung jangka pendek pelabur, peranan polisi CME dan FOMS.
Bagaimana pun reaksi pasaran tentang hal tersebut. harga Emas $1600 - $1662 adalah harga terendah dalam rekod pasaran. Ini adalah saat terbaik untuk membuat pembelian emas. Harga tersebut berada di pertengahan harga semasa. Ambil peluang keEmasan ini sebelum terlambat.