Produk & Perkhidmatan


1. Menjual dan membeli Emas
2. Membeli surat pajak dan Emas gadaian pada harga tertinggi
3. Menjual dan membeli pelbagai jenis Dinar Emas & Bar Emas
4. Merekabentuk Dinar dan bar Emas serta Emas perhiasan
5. Merekabentuk 'mold' atau acuan Dinar & Bar Emas
6. Menjual dan membekal alatan pertukangan Emas
7. Khidmat nasihat jual beli Emas fizikal
8. Khidmat nasihat jual beli Emas secara Online
9. Membekal pelbagai jenis Emas untuk kedai Emas
10. Khidmat nasihat pelaburan Emas
11. Seminar dan kursus Emas Secara Individu & Berkumpulan
12. Menganalisa Harga Emas semasa..ketepatan 80 -100%
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

Analisa Harga Emas $1652 - $1592

Admin : Harga Emas semasa $1638 pada penutupan pasaran hari Jumaat. Kebiasaannya harga Emas akan mengalami penurunan menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Adakah trend berikut akan berulang lagi. Kebiasaan yang sama patut berlaku semasa tiba hari perayaan besar seperti Hari Raya Haji, harga Emas sepatutnya turun tetapi berlaku sebaliknya...sama2 kita saksikan..


Analisa : Jangkaan harga Emas adalah sekitar $1655 , $1695 @ $1618, $1592, $1531.

Thursday, 12 January 2012

Harga emas kini naik pada harga $1646

Admin : Harga emas terkini adalah $1642 setelah naik pada harga $1646 pada hari Rabu. Harga emas masih dikatakan masih murah pada ketika ini, meskipun ada cakap2 harga emas mungkin turun lagi menjelang Tahun Baru China...

Monday, 2 January 2012

Harga Emas Dijangka Turun ..$1540...

Admin : Jangkaan harga terendah $1514 tidak dicapai...harga terendah $1522....adakah trend harga emas masih dalam keadaan turun??

Analisa : Sentimen masih kuat menurun....

Thursday, 15 December 2011

Emas bakal catat rekod penurunan yang baharu ....$1514 !!

Monexnews - Emas berpotensi terus bergerak ke level $1,550/ons, setelah berhasil menembus level MA 200-day, menurut analis Credit Agricole, Robin Bhar. Emas dapat terus melemah ke level seperti akhir tahun 2008. Tampaknya pemain pasar masih terus melakukan aksi jual.

Admin : Jangkaan harga emas berdasarkan sentimen adalah turun, analisa teknikal menunjukkan harga emas berpotensi besar untuk turun pada harga $1514, walaubagaimana pun ia bergantung kepada para trader...wait n see...

Sunday, 11 December 2011

Harga emas dijangka stabil pada harga $1700 - $1800 hingga akhir tahun..

Admin : Berdasarkan beberapa analisa teknikal dan trend semasa, harga Emas dijangka dalam keadaan stabil antara $1700 - $1800 sehingga akhir tahun ini.

Harga semasa Emas pada ketika ini adalah $1710..naik sedikit selepas penurunan pada harga $1704, dan dijangka akan alami kenaikan pada pembukaan pasaran pada hari Isnin.  Harga emas dijangka akan naik $1733....atau mengalami penurunan sehingga $1678. Trend harga emas boleh dikatakan dalam keadaan 'turun' atau downtrend.

Friday, 2 December 2011

2day !! is Friday.....profit taking day for gold traders...

Admin : Harga emas pada harga tertinggi untuk minggu ini, adakah harga emas akan turun hari ini. Sama2 kita lihat apa yang akan berlaku. Harga emas dijangka turun 1730...1722..

Wednesday, 9 November 2011

Komentar dihentikan sementara waktu...

Admin : Komentar berkenaan turun naik harga emas dihentikan buat sementara waktu sehingga suatu masa yang akan dimaklumkan nanti. Harap maaf.

Thursday, 27 October 2011

Harga emas menunjukkan kenaikan ...$1700 - $ 1730

Admin : Setelah mengalami penurunan pada minggu sudah, harga emas mula menunjukkan kenaikan, namun harus berhati-hati dengan beberapa analisa teknikal dan faktor ekonomi. 

Kebiasaannya, menjelang hari raya Aidiladha, harga emas mengalami penurunan yang begitu ketara, adakah perkara tersebut berulang lagi?

Monday, 10 October 2011

Harga emas terkini naik pada harga $1666

Admin : Harga emas didagangkan naik semasa pasaran Asia dibuka, adakah sentimen belian akan berterusan semasa pasaran AS dibuka, wait n see..

Saturday, 8 October 2011

KURSUS CELIK EMAS !!










KURSUS CELIK EMAS !!!

T
arikh : Setiap Minggu / Hari Sabtu
( Terhad utk 50 orang utk 1 sesi )

Masa : 10.00 Pagi - 2.00 Ptg.
Tempat : House Of Gold, Bilik Seminar,
Pasir Puteh, Kelantan
Yuran : 10 Dirham / RM250
Pelaksanaan Kursus : Secara Berkumpulan.

Kandungan Kursus :


1. Pengenalan - Apa itu Emas?
2. Pasaran Emas & Perak
3. Penawaran & Permintaan
4. Jual Beli Emas / Dinar / Dirham / Gold Bar
5. Di mana hendak beli Emas ? Kedai Emas, Agensi, Online
    atau melalui orang awam.
6. Kelebihan dan kelemahan beli emas dinar / bar / barang
    kemas / online / passbook
7. Bagaimana menjana keuntungan jangka pendek & panjang

9. Kaedah Manipulasi Ar- Rahnu



Untuk maklumat lanjut tentang kursus sila hubungi :
013 - 921 0707 ( En. Taufik )

Harga emas turun seperti yang dijangka..$1625

Admin : Harga emas turun seperti yang dijangka pada harga $1625. Penurunan harga tersebut didorong oleh pengambilan untung jangka pendek oleh pelabur emas. Kebiasaan tersebut boleh dikatakan berlaku setiap hari Jumaat malam bermula jam 12.00 malam hingga 5.00 pagi. Walaupun ada pengambilan untung pada hari biasa, akan tetapi hari Jumaat adalah hari profit taking di mana pengambilan untungnya secara besar-besaran oleh para trader.

Harga emas ditutup pada $1637.20 perauns. Jika diperhatikan harga emas berkisar di antara $1500 - $1700 untuk jangkamasa panjang. Walaupun ada cakap-cakap pelabur terkemuka bahawa harga emas akan mencecah $2200 perauns pada tahun 2012, ia adalah sesuatu yang mustahil buat masa ini. Kejatuhan beberapa matawang dan saham terkemuka telah menyebabkan para trader beralih kepada pasaran emas yang lebih konsisten dan selamat sebagai simpanan dan aset pelaburan.


Harga emas dijangka naik pada minggu hadapan menjelang hari perayaan di India. Kenaikan tersebut dijangka berterusan sehingga akhir Oktober.

Friday, 7 October 2011

Bajet 2012 tak realistik, kata Anwar

Malaysiakini : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.

Peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, kata Anwar lagi yang mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet dibentangkan perdana menteri hari ini dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa defisit sejak 1998 itu dikurangkan ke kadar 4.7 peratus pada tahun hadapan.

Najib juga mengumumkan jangkaan pertumbuhan ekonomi akan kekal pada kadar 5 hingga 5.5 peratus tahun ini dengan peruntukan RM232.8 bilion untuk tahun hadapan.

“Tiada langkah efektif untuk menangani defisit dan angka tersebut tidak realistik," kata Anwar lagi.yang menambah, beliau akan membuktikan perkara itu.

"Cara mereka berbelanja tanpa pendapatan, dan mereka masih bercakap tentang defisit 4.7 peratus, berbanding apa yang kita cadangkan," katanya lagi.

Jumlah pelaburan luar negeri Malaysia mencatat kadar paling kukuh di rantau Asia dengan RM21.2 bilion direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Jika anda bercakap tentang kejayaan dalam pelaburan luar negeri, ianya banyak di Selangor dan Pulau Pinang (tetapi) itu tidak diiktiraf," kata Anwar.

Pakatan sebelum ini mengumumkan bajet berjumlah RM220 bilion untuk mengurangkan defisit ke kadar 4.4 peratus.

"Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salahurus dan pembaziran tidak ditangani," kata Anwar.

Anwar juga berkata pengumuman Najib untuk menaikkan gaji dan elaun ahli parlimen juga tidak disokong oleh ahli dewan pembangkang.

Jelasnya kerajaan tidak sepatutnya memilih waktu rakyat mengalami kesusahan untuk menaikkan gaji dan elaun tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa pengumuman oleh perdana menteri hari ini akan menggembirakan rakyat, namun ianya perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab, kata Anwar.

Bajet 2011: Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara

Malaysiakini : 7 Oktober 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

NONEBerpakaian baju Melayu  merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Ucapan perdana menteri disiarkan langsung melalui stesen radio dan televisyen utama.

Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan langkah-langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.
INTIPATI BAJET 2012

azlanJumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

azlanPeruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

azlanPolis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
NONETeksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUNMenteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
azlanMeringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan BanjirKerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.





2day !! is Friday.....profit taking day for gold traders...

Admin : Harga emas diniagakan pada harga $1658 semasa artikel ini ditulis. Harga tersebut adalah harga tertinggi pada urusniaga minggu ini. Adalah menjadi kebiasaan pada setiap hari Jumaat kebanyakan para trader emas menjual emas dalam simpanan mereka untuk mendapatkan keuntungan jangka masa pendek. 

Jangkaan harga jika berdasarkan trendline, harga tertinggi untuk dicapai ialah $ 1680 dan harga terendah adalah $1612.

Saturday, 1 October 2011

Harga Emas bertahan di atas $1600....

Admin : Harga emas telah mengalami penurunan yang begitu ketara dan luar jangka mulai 7/09/2011 setelah mencapai rekod harga tertinggi dalam sejarah iaitu $1920 perauns. Harga paling rendah yang direkodkan semasa penurunan tersebut adalah $1532. Harga emas kini $1623 semasa penutupan pasaran. 30 September 2011.

Beberapa pakar analisis (termasuk saya...hehe...) telah merumuskan bahawa harga emas mungkin bertahan pada support $1600 dan beberapa petunjuk dari analisa teknikal telah 'muncul' seperti 'jualan tepu' dan begitu juga dengan faktor 'fundemental' termasuk sentimen pelabur dalam pasaran.

Beberapa nama tersohor dalam pasaran forex, seperti Soros (spekualator) turut sama membeli emas pada harga $1600. ( Berdasarkan rumor, posisi Soros tersebut terpicu oleh 'antisipasi' pembukaan bursa Emas Pan Asia di Kunming City pada Juni 2012 nanti, bursa Emas di Asia Tenggara tersebut termasuk salah satu strategi China untuk mendominasi pasar kewangan global dan ekonomi global dalam 5 tahun.- Monexnews )

Jika mengambil kira faktor analisa teknikal dan belian beberapa tokoh pelabur dan sentimen pembelian India menjelang Oktober ini maka mudahkan cerita bahawa harga emas mungkin akan mengalami kenaikan. Tetapi kenaikan itu mungkin terbatas atas beberapa halangan yang dikenal pasti antaranya tindakan Federal Reserve AS dalam menangani krisis kewangan AS, resistance $1662 dan aksi pengambilan untung jangka pendek pelabur, peranan polisi CME dan FOMS.

Bagaimana pun reaksi pasaran tentang hal tersebut. harga Emas $1600 - $1662 adalah harga terendah dalam rekod pasaran. Ini adalah saat terbaik untuk membuat pembelian emas. Harga tersebut berada di pertengahan harga semasa. Ambil peluang keEmasan ini sebelum terlambat.

Saturday, 24 September 2011

Wah !! Alhamdulillah...Emas turun dengan bergaya...peluang untuk beli..kaya.!!!!

Admin : Emas turun dengan penuh bergaya pada harga terendah iaitu 1627. Harga tersebut merupakan harga yang istimewa bagi pembeli emas spot bagi mengambil peluang untuk buy/beli. Penurunan harga tersebut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kenyataan FOMC, Fed, Presiden Obama, Bank2 Sentral, dan 'profit taking' atau ambilan untung oleh pelabur pada sesi akhir pasaran. 

Pada dasarnya harga emas sekarang berada pada harga yang asal sepatutnya dan kena pada lekuk normal yang sepatutnya dilalui oleh emas. Harga emas semasa ketika 'close market' adalah 1656 perauns. Emas pernah mencatat kenaikan yang begitu drastik dan luar biasa sehingga 1920 dalam tempoh satu minggu dan mengalami penurunan secara berterusan sehingga 1627 pada hari ini. Kenaikan tersebut yang luar biasa telah menyebabkan para pembeli emas fizikal untung segera sehingga ada yang membelinya hari ini, hari esoknya sudah untung. Ia adalah mustahil berlaku bagi pelabur emas fizikal ( dinar / bar / barang kemas / Jongkong ) jika mengambil kira peratus kenaikan harga emas setiap tahun. Kadar biasanya adalah enam bulan bagi setiap pembelian emas fizikal.



Wednesday, 21 September 2011

Harga Emas kelihatan pulih...$1801

Admin : Harga Emas kelihatan menunjukkan kenaikan setelah mengalami penurunan. Turun naik harga Emas mungkin dalam bentuk 'sideway' sekitar $20 - $50 perauns. Jika keadaan ini berterusan maka boleh dijangkakan Harga Emas mula stabil dengan sedikit kenaikan dan sedikit penurunan akibat dari pengambilan untung jangka pendek oleh pelabur. Bermula bulan Jun hingga sekarang harga Emas telah naik secara mendadak sehingga mencecah $1900 perauns. Harga $1900 sepatutnya dicapai pada tahun 2014 jika mengikut peratus kenaikan purata Emas setiap tahun. 

Jangkaan harga Emas pada hari ini 21/09/2011, Pivot 1794, harga tertinggi 1836 dan terendah 1752.

Trend : Naik.

Monday, 19 September 2011

Harga Emas tidak bertahan...$1775

Monexnews -  Pergerakan emas terlihat menguat tajam pada awal perdagangan minggu ini. Terlihat emas sedang menguji resistan 1823.03 dimana jika emas berhasil menembus maka resistan 1841.73 berpotensi akan menjadi target pergerakan ke atas. Secara teknikal indikator stochastic berada dalam kondisi jenuh beli. Waspadai jika emas tidak berhasil menembus dan tertahan kuat di bawah resistan 1823.03 maka emas cenderung akan terkoreksi dan bergerak menuju support 1807.92.

Komen Admin : Ternyata emas tidak berhasil menembusi $1823, oleh demikian emas turun bergerak ke bawah melepasi $1800.

Harga Emas bermula dengan kenaikan di sesi pagi..$1826

Admin : Emas diniagakan tinggi bermulanya pasaran Asia pada harga $1826 perauns. Sekiranya trend belian Emas Asia berterusan di sesi pagi pasaran dan berterusan pada sesi petang pasaran Eropah, maka dijangka trend yang sama juga akan berlanjutan pada sesi malam bagi waktu di Malaysia atau pagi di US. Target tertinggi untuk hari ini ialah pada harga $1856.73 dan harga terendah $1800 - $1775 - $1761 - $1739.

Saturday, 17 September 2011

Emas mula naik...close $1811 @ 17 Sep 2011

Admin : Harga Emas mula naik melepasi trendline 1787 menuju target $1828. Harga Emas mengalami penurunan yang begitu ketara bermula isnin lepas dan berakhir pada jumaat pagi. Semalam harga Emas mula menunjukkan kenaikan selepas para trader mula menunjukkan minat beli/buy setelah mengambil kira persilangan MA pada minit ke M5, M15, M30. Trend kenaikan ini mungkin berterusan sehingga pada harga tertinggi yang pernah direkodkan iaitu $1920 perauns.

KURSUS ASAS EMAS !!!

KURSUS ASAS EMAS !!!


Tarikh : Setiap Minggu / Hari Sabtu ( Terhad utk 50 orang utk 1 sesi )
Masa : 10.00 Pagi - 2.00 Ptg.
Tempat : House Of Gold, Bilik Seminar,
Pasir Puteh, Kelantan
Yuran : 10 Dirham / RM250
Pelaksanaan Kursus : Secara Berkumpulan.




Kandungan Kursus :


1. Pengenalan - Apa itu Emas?
2. Pasaran Emas & Perak
3. Penawaran & Permintaan
4. Jual Beli Emas / Dinar / Dirham / Gold Bar
5. Di mana hendak beli Emas ? Kedai Emas, Agensi, Online atau melalui orang awam.
6. Kelebihan dan kelemahan beli emas dinar / bar / barang kemas / online / passbook
7. Bagaimana menjana keuntungan jangka pendek & panjang
9. Kaedah Manipulasi Ar- Rahnu



Untuk maklumat lanjut tentang kursus sila hubungi : 013 - 921 0707 ( En. Taufik )

************************************************************************



Kursus Celik EMAS



Harga Dinar ( Emas / Gold ) dan Dirham ( Perak / Silver) dipengaruhi oleh beberapa faktor penting seperti berikut :






1. Permintaan dan penawaran pasaran dunia
2. Stok simpanan semasa sesebuah negara
3. Kekuatan Wang US Dollar
4. Makluman pembelian & penjualan oleh sesebuah negara
5. Pengeluaran Emas oleh pengeluar Emas Dunia
6. Faktor Fundemental
7. Faktor Analisa Teknikal
8. Pasaran FOREX.



KURSUS CELIK EMAS !!! (VIP)


Tarikh : Setiap Minggu / Hari Sabtu ( Terhad utk 1 orang utk 1 sesi - temujanji )
Masa : 10.00 Pagi - 5.00 Ptg.
Tempat : House Of Gold, Bilik Seminar,
Pasir Puteh, Kelantan
Yuran : 1 Dinar / Harga semasa
Pelaksanaan Kursus : Secara perseorangan sahaja.




Kandungan Kursus :


1. Pengenalan - Apa itu Emas?
2. Pasaran Emas & Perak
3. Penawaran & Permintaan
4. Jual Beli Emas / Dinar / Dirham / Gold Bar
5. Di mana hendak beli Emas ? Kedai Emas, Agensi, Online atau melalui orang awam.
6. Kelebihan dan kelemahan beli emas dinar / bar / barang kemas / online / passbook
7. Bagaimana menjana keuntungan jangka pendek & panjang
9. Kaedah Manipulasi Ar- Rahnu
10. Kaedah manipulasi harga Emas
11. Kaedah Menganalisa Harga Emas - mudah
12. Kaedah Janawang cara mudah - 10% - 100% sebulan
13. Bagaimana menjadi jutawan Emas -
modal RM 38,000 / anggaran pendapatan sebulan RM 3800 - RM 38,000.
( bukan skim cepat kaya, pelaburan atau mlm ia adalah rahsia sebenar jualbeli emas yang tidak diketahui oleh orang ramai..semudah hanya klik shj anda mampu jana pendapatan 4 - 5 angka sebulan..bagaimana ?? )

Syarat2 : Amaran !! Kursus ini untuk mereka yang serius sahaja




Untuk maklumat lanjut tentang kursus sila hubungi : 019 345 3001 ( En. Taufik )