Admin : Emas turun dengan penuh bergaya pada harga terendah iaitu 1627. Harga tersebut merupakan harga yang istimewa bagi pembeli emas spot bagi mengambil peluang untuk buy/beli. Penurunan harga tersebut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kenyataan FOMC, Fed, Presiden Obama, Bank2 Sentral, dan 'profit taking' atau ambilan untung oleh pelabur pada sesi akhir pasaran.
Pada dasarnya harga emas sekarang berada pada harga yang asal sepatutnya dan kena pada lekuk normal yang sepatutnya dilalui oleh emas. Harga emas semasa ketika 'close market' adalah 1656 perauns. Emas pernah mencatat kenaikan yang begitu drastik dan luar biasa sehingga 1920 dalam tempoh satu minggu dan mengalami penurunan secara berterusan sehingga 1627 pada hari ini. Kenaikan tersebut yang luar biasa telah menyebabkan para pembeli emas fizikal untung segera sehingga ada yang membelinya hari ini, hari esoknya sudah untung. Ia adalah mustahil berlaku bagi pelabur emas fizikal ( dinar / bar / barang kemas / Jongkong ) jika mengambil kira peratus kenaikan harga emas setiap tahun. Kadar biasanya adalah enam bulan bagi setiap pembelian emas fizikal.